Saiz Periuk Ajaib ini adalah panjang 30cm, lebar 24cm dan ketinggian yang lebih iaitu 3.5cm, jika termasuk penutup ketinggiannya ialah 8cm. Berat 2.1kg. Ianya direka sedemikian adalah kerana untuk memastikan masakan yang dimasak benar-benar memenuhi kehendak dan citarasa anda. Periuk Ajaib edaran SMGSB mudah dan sesuai digunakan kerana direka hanya untuk pasaran Malaysia dengan tangkai pemegang tambahan supaya mudah dipegang, dikendalikan serta membalik-balikkan mengikut kehendak anda. Ia mempunyai tangkai berpenutup magnet yang rapat, ketat dan kedap. Corak tangkai berpenutup magnet yang bersisik berfungsi supaya ianya tidak licin apabila dikendalikan.

0 comments:
Post a Comment